Latar Belakang Syarikat / Perkhidmatan

Penubuhan perkhidmatan website kos rendah bermula pada 10.10.2010 menggunakan laman integrasi sosial blogger.com di atas nama www.comel.tk. Comel.tk menyediakan perkhidmatan menukar blogspot kepada 90% menyamai website dengan menggunakan domain .COM bukan lagi .blogspot.com pada 1/15 harga daripada harga website sebenar. Pada 5.7.2011, kami menambah lagi servis yang di tawarkan dengan menyediakan perkhidmatan membina facebook webpage pada ruangan fanpage facebook.com. Pada 25.8.2011, Perkhidmatan kami sekali lagi di naik taraf menggunakan grafik HD dan design di pertingkatkan kepada 95% menyamai website sebenar. Kami juga mula menawarkan perkhidmatan membuat design banner, flash, GIF dan perkhidmatan shoppingcart untuk tujuan kedai online pada harga yang sangat ekonomi dan mampu di miliki dan mula di kenali sebagai www.webmurah2u.com
Permulaan era baru bagi kami apabila di daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas nama dagangan 'AWE design' no kelulusan : 002089005-X mengunakan URL www.websitesaya.com pada 12.12.2011 dan melancarkan website berhosting menggunakan design grafik professional dengan pelbagai lagi kelebihan lain lengkap dalam 1 pakej yang sangat relevan dalam era perniagaan online. Berkonsepkan 'Kini Semua mampu miliki website' kami mengorak langkah menyediakan anda peluang keemasan untuk miliki website/kedai online serendah RM 150 - RM 350 sahaja...